CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih baik scan lelaki dulu, sekarang banyak kes cerai – Sharifah Rose

26-1-2026 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26912| Komen: 2


 



Bimbang dengan isu perceraian ibarat trend, pelakon Sharifah Rose mengakui kini lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 28, pengalaman dalam percintaan sebelum ini menjadikannya lebih matang.

“Saya pun dah nak berusia 30 tahun, saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini.

“Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ (tapisan) dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai,” katanya kepada Kosmo! Online pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema, Suria KLCC, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon drama Do You Love Me Captain itu mengakui berita keretakan rumah tangga membuatkannya berasa bimbang sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya.

“Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi seperti itu.

“Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana mereka bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Rose memaklumkan berkawan dengan pelakon Ezzrin Loy selama tiga tahun serta saling mengenali hati budi dan hubungan mereka turut diketahui keluarga.

Bagaimanpun, November lalu, Rose mengakui hubungannya dengan Ezzrin tidak lagi serapat dahulu.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 26-1-2026 05:32 PM
Klu Ada Tan Sri nk jadikan no 2 or 3 nak tak?
Quote prince_marhaen 27-1-2026 10:15 AM
Scan ke nok? scan satu badan ke sambil bercuti di phuket bukak tudung & couple ngan badboy badboy kaya? Oooo camtu cara dia scan.. Hujung2 dah lunyai nak cari lelaki beriman..... Hahahahaha! butoooo!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.647645 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top