CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kentut adalah 'bahasa rahsia' usus... Bau, kekerapan ada 'petunjuk'! Ini 11 fakta anda perlu tahu. Nombor 1 rupanya normal

13-6-2025 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1252| Komen: 3

 
  


KENTUT merupakan perkara biasa dan semua manusia tidak terlepas daripada melakukannya.

Namun, setiap individu mengalami kekerapan kentut berbeza, bergantung kepada pemakanan dan kesihatan mereka.

Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, kentut sebenarnya adalah 'bahasa rahsia' usus yang sihat.

Malah di sebalik bau dan bunyi kentut itu, tersingkap banyak fakta yang masih tidak diketahui umum.

1. Kentut 10 hingga 25 kali sehari adalah normal. Ia menandakan usus kita aktif dan bakteria baik sedang bekerja.

2. Kebanyakan kentut tidak berbau. 99 peratus kompisis gas ialah nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan metana yang tidak berbau.

3. Bau kentut yang kuat datang daripada sulfur. Makanan tinggi sulfur seperti telur, daging merah dan bawang hasilkan gas hidrogen sulfida (bau busuk).


4. Manusia juga boleh kentut semasa tidur kerana otot lebih relaks dan usus tetap bergerak walaupun tubuh berehat.

5. Kentut tak berbunyi biasanya lebih busuk. Ia bergerak perlahan, lalu lebih banyak gas sulfur terperangkap.

6. Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya ketika minum dengan straw, makan laju atau banyak bercakap semasa makan.

 

7. Wanita kentut sama banyak dengan lelaki. 

8. Kentut berlebihan mungkin juga petanda masalah kesihatan. Contohnya intoleransi laktosa, (IBS) dan sembelit.

9. Diet tinggi serat hasilkan lebih kentut.

10. Tahan kentut terlalu lama boleh menyebabkan gas naik ke atas. Ini menyebabkan rasa kembung, sendawa berlebihan atau tekanan dalam perut.

11. Stres boleh mengganggu corak kentut. Ini kerana tekanan emosi mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.

Sumber:- mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 14-6-2025 09:01 AM
Meols suka makan kentang. Selalu taruk dalam sup atau kari daging. Tapi tu la lepas tu keje buang angin je. Tapi bila makan pelam sala tu ok je takde angin.
Quote Sunshine9202 1-1-2026 09:25 PM
Gas bnyak sangat
Quote Sunshine9202 1-1-2026 09:25 PM
Hmmm

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.108386 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top