CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Adakah Anda Ketagih Gula?

14-5-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1296| Komen: 7|Original author: tatod

1000034280.jpg



ADA yang mengaku hidup tidak lengkap tanpa gula. Sesetengah yang lain pula mendakwa tidak suka manis gula tapi akan merungut sekiranya minuman atau makanannya berasa tawar.


Kenyataannya ialah gula adalah sejenis bahan tambahan yang amat kuat pengaruhnya! Bagi yang suka coklat, aiskrim, kek dan manisan pasti mengetahui akan tarikan gula.


✔ Kenyataan: Gula dikaitkan dengan pelbagai masalah Kesihatan termasuk kegemukan, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, sindrom sembelit (IBS), tumpuan, kebimbangan, kemurungan dan masalah ingatan. Nama lain gula ialah sirap jagung, maltose, sucrose dan dextrose.


✔ Kenyataan: Gula memenuhi ciri-ciri bahan ketagihan – merangsang penghasilan neurotransmitters dalam otak umpama alkohol, dan dadah. Penggunaan berterusan gula mengakibatkan toleransi terhadap kesan-kesannya.



1000034281.jpg


Pengguna gula secara berlebihan sukar berfungsi tanpanya dan apabila pengambilan berkurangan, masalah simptom penyakit lain pula timbul.


✔ Kenyataan: Punca ketagihan gula meninggalkan kesan fizikal dan emosional maka, anda perlukan pendekatan gabungan keduaduanya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda mengalami simptom ‘penarikan’, ketahuilah ia hanya selama beberapa hari Sahaja sebelum anda mula berasa lebih seimbang dan bertenaga berbanding sebelumnya.


9 Cadangan Memudahkan Anda Mengawal Ketagihan Gula:


Elak gula dan produk gula daripada rumah anda. Ini termasuk gula pasir dan perang, sirap dan sirap buah.


Makan makanan sihat secukupnya bagi mengatasi kelaparan anda. Amal pemakanan sihat seperti buah, karot, tomato, kurma dan buah-buahan kering apabila lapar. Minum banyak air, tambahkan sedikit jus buah pada minuman teh ais, minuman berkarbonat dan minuman tanpa gula. Buah sejuk beku, seluruhnya atau dijadikan puri, boleh menggantikan aiskrim.


1000034283.jpg


Amalkan tiga makanan harian utama setiap hari yang menggabungkan karbohidrat kompleks dan lemak sihat. Ia akan membantu anda mengekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari dan mengurangkan ketagihan gula.


Amal multivitamin dan makanan tambahan galian.


Sebelum keluar rumah, pastikan anda tidak lapar terutama ke tempat yang mendedahkan anda kepada makanan manis. Bawa makanan ‘sihat’ anda atau makan sebelum keluar.


Amalkan senaman, dapatkan matahari pagi dan tidur cukup bagi mengurangkan keinginan terhadap gula.


1000034284.jpg


Belajar untuk mengenali dan mengurus ketagihan yang bukan berpunca daripada kelaparan fizikal tetapi, akibat stres atau kebimbangan. Cari kaedah lain untuk mengurus tekanan. Pergi bersiar-siar, membaca, bermain bersama haiwan kesayangan, menonton wayang atau mendengar muzik untuk merehatkan badan. Bersantai membantu mengimbangi ketagihan sambil mengurangi keinginan terhadap gula.


Sekiranya anda gagal kali pertama, jangan putus asa. Cuba lagi kawal keinginan terhadap gula. Ketagihan mengambil masa untuk diatasi.


Kasihani diri anda. Untuk mengatasi ketagihan gula, belajar untuk mengambil makanan berkhasiat dan ‘dengar’ keperluan badan anda. Pengganti gula terbaik ialah penerimaan keburukan gula dengan ikhlas. - UTUSAN TV



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 14-5-2025 08:17 AM
x kut
Quote acikonion 14-5-2025 11:07 AM
Aku ler ni sweet tooth
Quote ipes2 14-5-2025 02:27 PM
''Sugar'' yang dimaksudkan oleh orang puteh ialah ''carbohydrate''
Bila di translate ke dalam bahasa Melayu jadi ''gula''.. orang Melayu walaubagaimanapun, menganggap ''gula'' sebagai gula meja iaitu sucrose yang manis itu sahaja

salah-translate ini sama dengan ''aku terfikir dalam hati aku bahawa..'' iaitu ''I thought in my LIVER that..''
Quote sayurmayur88 15-5-2025 03:42 PM
yes - saya ketagih gula - dan berapa kali dah nk stop tapi x boleh . .
ketagihan gula lagi teruk dari ketagihan bahan2 terlarang yg lain.
Quote Fiimochie 17-6-2025 10:40 PM
Bila dah start ketagih memang susah nak stop huhuhu.
Quote Fiimochie 17-6-2025 11:09 PM
Tapi bila dah stop rasa aman je dunia. Duit pun jimat tak spend dgn makanan yg bukan2 tak sihat tu
Quote Fiimochie 17-6-2025 11:10 PM
Tips nak cut sugar senang je tapi nak praktis tu tuhan je tahu berapa payahnya nak buat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.065600 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top