CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Pemakanan dan gout: Apa perlu dielakkan?

8-5-2025 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1438| Komen: 9|Original author: tatod

1000030598.jpg



GOUT adalah masalah kesihatan yang berkaitan dengan sendi iaitu radang sendi menyakitkan.


Penyakit ini berlaku akibat pengumpulan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal urate di sekitar sendi.


Keadaan ini menyebabkan rasa sakit amat sangat, bengkak, dan kemerahan pada kawasan sendi, terutamanya ibu jari kaki.


Pemakanan tidak seimbang sering dikaitkan dengan penyakit gout, kerana pengambilan makanan tertentu yang tidak dikawal boleh meningkatkan pengumpulan asid urik.


Oleh itu, penting untuk masyarakat memahami kaitan antara pemakanan dan gout, serta mengenal pasti jenis makanan perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko serangan.


Salah satu faktor utama menyumbang kepada peningkatan paras asid urik dalam badan ialah pengambilan makanan yang tinggi purina.



1000030617.jpg


Purina ialah sebatian semula jadi yang terdapat dalam banyak jenis makanan, dan apabila diuraikan oleh tubuh, ia menghasilkan asid urik.


Oleh itu, pesakit gout dinasihat mengelakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan kerang kerana makanan ini mengandungi purina yang tinggi.


Selain itu, organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, dan paru juga perlu dielakkan kerana kandungan purina yang sangat tinggi.


Makanan berprotein tinggi seperti daging merah dan ayam juga harus diambil secara


sederhana. Pengambilan protein berlebihan boleh meningkatkan penghasilan asid urik dalam badan.


Pengambilan makanan berlemak seperti makanan bergoreng, makanan segera dan


produk tenusu penuh lemak turut boleh memburukkan keadaan kerana ia mengganggu proses penyingkiran asid urik oleh buah pinggang.


Oleh itu, pesakit gout digalakkan memilih sumber protein lebih sihat seperti ikan putih, kekacang, dan produk tenusu rendah lemak.


Minuman juga penting dalam pengurusan gout. Minuman beralkohol, terutama bir, terkenal sebagai pencetus utama serangan gout kerana ia mengandungi purina dan mengganggu perkumuhan asid urik.


Selain itu, minuman bergula seperti minuman ringan dan jus buah komersial yang mengandungi fruktosa tinggi juga perlu dielakkan kerana fruktosa dapat merangsang penghasilan asid urik.


Sebagai alternatif, pesakit gout disaran, memperbanyakkan pengambilan air kosong bagi membantu menyingkirkan asid urik secara lebih efisien melalui air kencing.


Bagaimanapun, bukan semua makanan perlu dielakkan secara mutlak. Terdapat juga makanan yang boleh membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan, contohnya buah ceri, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, dan vitamin C semula jadi.


Pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal konsisten, serta pengawalan berat badan yang ideal turut membantu mengurangkan risiko serangan gout dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.


Pemahaman mengenai pemakanan yang sesuai da perlu dielakkan amat penting dalam pengurusan penyakit gout.


Dengan pengambilan makanan yang betul, ditambah dengan gaya hidup sihat dan rawatan perubatan yang teratur, pesakit gout dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan produktif.


Oleh itu, masyarakat perlulah lebih peka terhadap aspek pemakanan sihat agar penyakit ini dapat dicegah atau dikawal dengan lebih berkesan. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 8-5-2025 08:40 AM
Bapa aku mkn seafood ok... Tp mkn daging wpun secebis terus keluar gout
Quote PULANGKAN 8-5-2025 11:38 PM
acikonion replied at 8-5-2025 08:40 AM
Bapa aku mkn seafood ok... Tp mkn daging wpun secebis terus keluar gout

sama. haritu bapak aku curi2 makan daging merah. doktor dah kata jangan. mak iols pun terlibat, bersubahat beli, masak

dah meraung sampai pukul 3 pagi. baru bagitau anak2 nak pegi klinik. nasib baik ada klinik 24 jam bukak. cucuk ubat tahan sakit, bagi ubat gout
Quote nana1001 13-5-2025 01:43 AM
gout ni rasa mcm mana ea? iolss ada sometimes ada rasa sakit dkt jari kaki kelingking tpi tak sure sbb apa
Quote yusryimran 13-5-2025 09:23 AM
i dah lama derita gout. But minum plain water yang banyak. avoid proses food, jangan minuman bergula avoid lah itu lebih baik. daging boleh once in blue moon tu pun 1 slice nipis. Kekacang I makan tipu kalau kata x makan but satu aje lah buat rasa. Tp nasihat i bersenam lah selalu cth brisk walk n minum plain water supaya senang kita flush melalui kencing  
Quote redd_07 19-5-2025 04:30 PM
yusryimran replied at 13-5-2025 09:23 AM
i dah lama derita gout. But minum plain water yang banyak. avoid proses food, jangan minuman bergula ...

betul.. avoid gula.. dan amalkan low purine diet..
Quote ipes2 20-5-2025 05:11 AM
yusryimran replied at 13-5-2025 09:23 AM
i dah lama derita gout. But minum plain water yang banyak. avoid proses food, jangan minuman bergula ...

sgt betul
ambil allopurinol daily adalah current treatment bagi yg memerluakn treatment
Quote mejaputih 22-5-2025 01:57 PM
mak iols ada gout, diabetes dan skrg dah effect buah pinggang...byk makanan dah takleh mkn...dlm artikel suh minum air kosong lebih tp bila ada prob buah pinggang, takleh minum air kosong byk kan?
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:31 PM
Avoid daging
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:32 PM
Amalkan kehidupan sihat. Buat aktiviti

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 1.675991 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top