CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

70 peratus wanita Malaysia kurang kena cahaya matahari

10-4-2025 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1822| Komen: 10|Original author: tatod

ilustrasi-berjemur_169.jpeg


PETALING JAYA – Sekiranya seseorang individu itu berasa letih, lesu serta murung walaupun menikmati tidur dan makan mencukupi ketahuilah bahawa anda sebenarnya kurang terdedah dengan cahaya matahari.

Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan, selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom rambut semakin banyak gugur, sakit belakang semakin menjadi-jadi dan rasa kosong.

“Ramai wanita di Malaysia sedang melalui perkara sama. Apa yang mengejutkan, 60 hingga 70 peratus wanita Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D sedangkan negara kita kaya dengan cahaya matahari.

“Tetapi disebabkan gaya hidup moden bekerja dalam pejabat, bertutup sepenuhnya, kurang masa di luar menyebabkan tubuh tidak sempat menyerap cahaya matahari yang diperlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PHM, sekiranya seseorang individu itu sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih berasa ‘kosong dalam terang’, bermungkinan inilah jawapannya.

“Ambillah masa untuk diri sendiri. Keluar sebentar, biar kulit rasa hangat cahaya pagi.

“Sinar matahari mungkin tidak mengubah semua, tapi ia boleh menjadi titik mula untuk rasa yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 10-4-2025 08:01 AM
Subuh2 dh keluar rumah g koje. Mmg idok ler sempat nk kissu2 ngan sun
Quote fly_in_d_sky 10-4-2025 02:17 PM
Ye saya salah yang kurang kena cahaya matahari. keluar rumah 7 lebih pagi, sampai rumah nak dekat 8 malam. Doktor ada bagi supplemen tapi the best ialah kena jemur juga ..
Quote ipes2 12-4-2025 03:27 PM
acikonion replied at 10-4-2025 08:01 AM
Subuh2 dh keluar rumah g koje. Mmg idok ler sempat nk kissu2 ngan sun

Ye, lepas tu dok dalam office sampai petang
Time sun yg diperlukan, lebih kurangnya, ialah pancaran matahari yg antara 10pgi hingga kol 2ptg gitu
malah bagi yg bertudung, area yg terexposed adalah sgt kecil iaiatu muka dan tapak / belakang tangan je
Quote Yoonggi 30-4-2025 01:25 AM
Aku ler salah sorg yg termasuk dlm percentage tu. Kurang cahaya matahari, siap kena Vit D deficiency.
Quote songket_merah 12-5-2025 05:09 PM
Yoonggi replied at 30-4-2025 01:25 AM
Aku ler salah sorg yg termasuk dlm percentage tu. Kurang cahaya matahari, siap kena Vit D deficiency ...

macam mana kita nak tahu kita ni kurang vitamin D?
Quote nana1001 13-5-2025 01:49 AM
iols pernah dgr, kalau tak cukup tidur cari cahaya matahari pepagi tu insyaAllah segar
Quote Fiimochie 17-6-2025 10:42 PM
Zaman belajar dulu rajin kena cahaya matahari tapi sekarang dh masuk alam bekerja ni dh jarang nak 'berfotosentesis' [em:16:]
Quote vanilacup 18-6-2025 04:07 PM
Masa drive kereta dlm jammed tu cermin depan jgn di block dgn sliding tu sbb silau biarkan terbuka cahaya tu menghala ke wajah kita.Matahari paling baik tu masa mula2 dia memancarkan sinaran waktu 7.30 pagi ke atas. Manusia memang perlukan nutrien dari vit D matahari utk pastikan keperluan badan mencukupi. Insyallah akan jarang sakit dan tubuh tidak merasa lesu dan emosi pun akan menjadi baik..
Quote Yoonggi 4-7-2025 11:12 PM
songket_merah replied at 12-5-2025 05:09 PM
macam mana kita nak tahu kita ni kurang vitamin D?


Antara symptom ialah salu rasa fatigue wlu dah dpt enough rest, rasa sakit2 joints/muscle or tulang, keguguran rambut, or klu luka lmbt baik. Ada lg symptoms lain but i mentioned mana yg ingat je.

Kena buat blood test utk lebih tepat, which i did as ordered by ortho specialist. And the result was so low to the point of deficient. Tu yg kena amik Vit D 25,000 iu for a certain period of time. Well, now pun masih dlm doc's monitoring lg ni. Sbb amik, dia ok, naik reading, but bila stopped, after a while, turun balik.
Quote mrs669 11-8-2025 03:53 PM
Kena jugak cahaya matahari tapi kejap jer..ya lah kita kerja dalam opis.  Masa pergi keje dan masa lunch kena lah sikit cahaya matahari tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.089613 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top