|
Pelakon, Bella Astilah menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan hijab pada sebuah majlis ilmu, semalam. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bella memuat naik fotonya bergambar dengan beberapa selebriti lain.
Difahamkan, majlis ilmu tersebut merupakan anjuran selebriti popular, Noor Neelofa sempena Maulidur Rasul. Namun, perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila rata-rata wargamaya memuji kecantikan Bella yang mengenakan jubah dan hijab serba putih. Majlis ilmu itu juga turut dihadiri Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraff, Zulin Aziz, Sherry Ibrahim , Farah Nabilah, Mawar Rashid, Noniswara, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terpegun dengan penampilan Bella, malah ada juga mendoakannya diberi hidayah untuk istiqamah berhijab suatu hari nanti. Sumber: Xtra
|


Bumbu replied at 21-10-2022 07:25 AM
Apesal dia nmpak tua. Kat ig sndiri kemahennn ya mcm budak tadika rupa dia
makeup sekati campur filter 7 lapis kemain lain terus muka kan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.275136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.