CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Malas Berdrama, Hidup Tenang Lepas Cerai

19-10-2022 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1916| Komen: 4

Pelakon Nad Zainal, 32, yang mengejutkan industri hiburan dengan berita perceraiannya mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Faliq Amirudin. 


Malah, berat badannya juga bertambah sebanyak dua kilogram.


IG Nad

"Jujurnya, saya lebih gembira dan bahagia. Bukan mahu riak atau langsung tidak terkesan dengan perceraian, tetapi kehidupan tenang bersama anak-anak.

"Namun, saya tidak pernah memusuhi bekas suami. Hubungan kami baik-baik sahaja.

"Bagi saya, tidak perlu 'berdrama' apabila sudah tidak sehaluan lagi. Saya juga tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa anak-anak, setiap hari sekalipun.

"Ini kerana bekas suami juga berhak ke atas mereka," katanya kepada BH Online.


IG Nad

Bercerita mengenai anak-anak, Nad berkata Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, masih belum mengerti apa yang berlaku. Mereka juga tidak pernah bertanya kenapa ibu dan bapa tidak tinggal sebumbung.

"Bekas suami bebas menemui anak bila-bila masa. Siapa ada kelapangan, boleh ambil anak, tidak perlu berdrama.

"Jika saya sibuk bekerja, anak-anak akan dijaga pembantu rumah. Pada masa sama, ibu bapa saya turut membantu mengawasi cucu sepanjang ketiadaan saya," kata Nad lagi.


IG Nad

Tambah Nad, dia masih belum memikirkan soal jodoh kerana buat masa ini dia hanya ingin fokus kepada kerjaya dan membesarkan anak-anak.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irsa 20-10-2022 12:00 AM
Baguslah x ada drama begitu begini... Kenapa pic dekat Legoland atas tu nmpk nanad comot
Quote mamajawie 20-10-2022 12:44 AM
Laki dia bewak ke?iollsss x folo sangat nad kangkang ni tapi lately banyak muka dia berlakon drama..dulu pas kawen agak senyap
Quote airmineral 20-10-2022 08:49 AM
elok la tu Nad. baik chow drpd layan drama xde hasil.
Quote da_vinci 20-10-2022 08:57 AM
sedap nama Budi Kalsom

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.179560 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top