|
TANJUNG: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa melayani lebih 14 lelaki hidung belang selepas dilacurkan teman lelakinya.
Portal berita Kompas.com melaporkan, lelaki durjana yang melacurkan kekasihnya itu baharu berusia 17 tahun. Ketua Bahagian Penerangan Masyarakat Balai Polis Tabalong, Aipda Irawan Yudha Pratama berkata, mangsa ‘dijual’ kepada pelanggan melalui aplikasi di media sosial. “Mangsa terpaksa melayani lebih 14 lelaki dalam tempoh dua hari mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa tidak dibenarkan memegang telefon bimbit dan segala urusan dengan pelanggan dilakukan oleh teman lelakinya,” katanya. Mangsa berjaya diselamatkan selepas polis dan keluarga mangsa menemukannya di sebuah rumah di Murung Pundak di Tabalong. Teman lelaki mangsa berjaya ditahan dan mengaku bersalah atas perbuatannya. Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun penjara dan denda sehingga 600 juta rupiah (RM1,828) jika disabit kesalahan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
_blackbird: lah.. igt kejadian di malaysia baca sampai habis denda 600 juta rupiah.
600 juta rupiah tu 600 x rm300 alahai wartawan pun, 180k duit malaysia.nono86 replied at 21-10-2022 01:26 PM
Teman laki mangsa juga sepatutnya dilacurkan seperti mangsa
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.141082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.