|
Penyanyi baharu Timah terkejut dan kecewa apabila mendapati video nyanyiannya tular serta menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen di media sosial.
Timah atau nama sebenarnya Fatimah Norryah Mohd Noor Kosygin, 14, berkata dia menerima banyak komen yang menganggap lagu berjudul Eleh He Eleh itu sebagai pelik dan tidak sesuai dinyanyikan. "Orang kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya. "Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.
"Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman," katanya kepada mStar.
|

Gambar dkt Cocomelon pun lagi elok laaaa
Ini background dia dah mcm sarung tilam kepam yg beli dkt pasar malam tu

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.152204 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.