CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

133 Orang Mati, Indonesia Akan Robohkan Stadium Kanjuruhan

18-10-2022 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2312| Komen: 21

JAKARTA – Stadium bola sepak Indonesia di mana 133 orang terbunuh dalam tragedi rempuhan awal bulan ini akan dirobohkan  dan dibina semula kata Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini.


“Berkenaan Stadium Kanjuruhan di Malang, kita akan merobohkan dan membinanya  semula berdasarkan standard  FIFA,” kata Jokowi kepada pemberita selepas bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Lebih 40 kanak-kanak menjadi mangsa yang terbunuh selepas insiden di bandar Malang, wilayah Jawa Timur itu pada 1 Oktober lalu dalam apa yang disifatkan Infantino sebagai ‘hari antara paling malang dalam dunia bola sepak.’


Foto: AFP


Selepas penyokong memasuki padang pada akhir perlawanan antara Arema FC dan seterunya, Persebaya Surabaya, pasukan polis menembak gas pemedih mata ke arah penonton yang mencetuskan insiden rempuhan.

Jokowi berkata, stadium itu akan digantikan dengan stadium baharu yang memiliki kemudahan sewajarnya bagi memastikan keselamatan kedua-dua pemain serta penyokong.

Bercakap pada hari sama,  Infantino berkata, FIFA akan membantu dalam perubahan dan transformasi bola sepak Indonesia.

“Saya boleh memberi jaminan kepada rakyat Indonesia bahawa FIFA ada bersama  anda. FIFA ada di sini untuk bekerja dalam perkongsian rapat dengan pemerintah, Persekutuan Bola Sepak Asia dan negara Indonesia,” katanya.

Pintu masuk  Stadium Kanjuruhan yang mempunyai kapasiti 42,000 orang dan dibuka pada tahun 2004 itu hanya cukup untuk memuatkan dua orang pada sesuatu masa dan tidak dibuka ketika insiden berlaku. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 18-10-2022 06:50 PM
inilah dia contoh marah nyamok kelambu dibakar
Quote Highflyer19 18-10-2022 07:04 PM
Tak ada kaitan dgn stadium lbh kpd aspek keselamatan yg longgar dan tak sistematik...
Quote Skuau 18-10-2022 07:08 PM
tak hairan..sb tu indon msk ke Msia secara HARAM dia x rasa bersalah...tgk la cara depa 'berfikir d luar stadium'.
Quote Page88 18-10-2022 07:15 PM
Rest In Peace to those who passed away.
Quote kakikuDibibirmu 18-10-2022 08:02 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote sharlenetexas 18-10-2022 08:04 PM
Sape dpt kontrak?

Quote batmana 18-10-2022 08:05 PM
bukan ke polis yg penyebab maut tu.. tembak gas pemedih mata kt tmpt duduk penonton

nk robohkn balai polis skali ke?
Quote Adrif 18-10-2022 08:50 PM
dah mati baru nak buat kerja

selagi takde kemalangan jiwa, selagi tu la berdiri megah hatta tempat tak selamat langsung
Quote Nenasketum 18-10-2022 10:22 PM
Macam seswatu yang tak pernah berlaku plak. Yindons datang sini, bila kalah bola pun ajak bergaduh. Depa memang hidup tanpa undang2
Quote rosedemon 19-10-2022 09:48 AM
apo nk runtuhkan. tingkatkan kselamatan jelah. takot berhantu ke
Quote epullipan 19-10-2022 10:24 AM
Masa team rimau datang sana pon dorang merusuh..fanatik sampai camtu sekali tak leh brain langsung
Quote ayukpingu 19-10-2022 10:34 AM
banyak pulak ongkos jadi nya...
tingkatkan security, pasang pagar tinggi2 udah lah...
tak pon tayah ada penonton. abis crita
Quote mizruncing 19-10-2022 10:56 AM
roboh kan jelaa. korang kan pentaksub. pelik tgk bola pon smpai macam ni
Quote minguk 19-10-2022 11:32 AM
takut angker ke
Quote rikiruj 19-10-2022 12:42 PM
Bagus Pak Djokowi.. tackle problem on the onset.. FIFA pun nampak kesungguhan so most likely tak kena hukuman teruk sangat. Hopefully nanti kita dapatlah PM baru yang boleh move things mcm Pak Djokowi
Quote Sazreena 19-10-2022 01:05 PM
Bina la stadium ikut standard FIFA pun kalau mentaliti hauk...suka merusuh centu jugek la.
Quote tikusmontok 19-10-2022 02:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-10-2022 08:02 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntabe ...

Hampir putus nyawa @Friska babu baca mentera ni dgn satu napas

Memasing perangai batak sakai,stadium pulak disalahkan..ndon dan bodo berpisah tiada.
Quote Decaffeinated 19-10-2022 02:58 PM
Pintu masuk Stadium Kanjuruhan yang mempunyai kapasiti 42,000 orang dan dibuka pada tahun 2004 itu hanya cukup untuk memuatkan dua orang pada sesuatu masa dan tidak dibuka ketika insiden berlaku.

Ayat last ni sengaja nak perlekeh Jokowi ka? Dah tau puncanya sebab pintu yang tak dibuka kenapa stadium yang kena roboh?

Quote brego 19-10-2022 05:32 PM
kemaruk replied at 18-10-2022 06:50 PM
inilah dia contoh marah nyamok kelambu dibakar

perumpamaan yang tepat

bukan salah stadium pun.
bukan salah pintu cuma 2 orang boleh keluar.

tapi salah orang merusuh, n then salah polis overreacting.
bila orang panik, semua nak keluar serentak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.355563 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top