CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik Betul, Beratus Ulat Sampah Membiak Bawah Alas Kaki Kereta

18-10-2022 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2155| Komen: 8

Seorang pencuci kenderaan terkejut apabila menemui ratusan ulat sampah di bawah alas kaki sebuah kereta yang dipercayai berpunca daripada telur busuk yang pecah.


Video mengenai kejadian itu dikongsikan @AzwanCarwash di laman TikTok.

Dia memberitahu, pemilik kenderaan itu hanya membersihkan bahagian atas tempat duduk sahaja tanpa membuka alas bahagian bawah.



“Pemilik kata dia hidu bau busuk daripada keretanya sejak tiga hari lalu hingga memaksanya menghantar ke kedai.

“Buka ‘seat’ saja, terus ternampak dua ke tiga ekor ulat. Selak alas kaki nampak segerombolan ulat seperti sedang membiak.

“Kereta berbau busuk, hanyir dan menurut pemilik kereta, telur ayam pecah jadi punca,” jelasnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan geli dengan bilangan ulat yang agak banyak itu.

“Kalau makan dalam kereta sekalipun, selepas makan, basuhlah, ‘vaccum’. Takkan jadi macam ni sekali, teruk sangat,” kata pengguna @xueraixora.

Terdapat juga individu yang mengusik dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.

“Tak mengapalah ulat. Ambik saja kereta ini. Nah kunci, selamat berjalan-jalan dengan keluarga,” komen pengguna @yummyyumsbynatsha. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-10-2022 05:51 PM
mak aii meriah ulatnya.. telor mentah la tu kan jatuh.. hermm
Quote KamikuP 19-10-2022 09:38 AM
Telur yg spore rejek kah yg ada slamonella itew?
Quote rosedemon 19-10-2022 09:44 AM
jijik babikkk
Quote dekmieDandy 19-10-2022 11:18 AM
kereta kancil ayah aku pernah kena dulu

gara-gara akau aku buat tumpah seperiuk kuah laksa

macam-macam cara buat, tak hilang jugak bau dia wei

penyudahya ayah aku cat kereta tu lar dalam, baru hilang bau
Quote Sazreena 19-10-2022 01:42 PM
Jijikkksssss
Quote Decaffeinated 19-10-2022 04:12 PM
ulat ni menetas sekelip mata, mati pun sekelip mata.

ada sampah sikit lalat sempat bertelur kebaboom.

cuci ja lah, tak payah drama sangat.
Quote Jitu 19-10-2022 04:19 PM
masalah bau yg ssh nak hilang ni
Quote pinggan 19-10-2022 04:35 PM
Hahaha iols tgk gambar ulat ni sambil tutup hidung. Padahal.
Kena charge mahal ni kat tuan punya kereta  

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050309 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top