CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kejadian Termos Air Panas Jatuh Atas Bella

18-10-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1149| Komen: 2

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, diberitahu kejadian termos berisi air panas yang terjatuh hingga menyebabkan seluruh badan remaja Sindrom Down dikenali Bella cedera, tidak berlaku.


Pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Inspektor Suhaili Mahad, 31, berkata, ia berikutan rekod percakapan empat kanak-kanak yang tinggal di unit kondominium bersama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mendera remaja itu, seolah-olah mengikut skrip.


Harian Metro

Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, kanak-kanak terbabit memberi kenyataan yang konsisten bahawa Bella dikejar seorang kanak-kanak dikenali Balqis kerana berebut snek hingga menyebabkan termos itu terjatuh.


"Itu punca termos itu terjatuh dan menyebabkan Bella cedera seluruh badan. Kesimpulan daripada siasatan saya ialah kenyataan diberikan berhubung insiden itu adalah mengikut skrip.

"Sebab itu, saya rampas dua barang iaitu termos dan tali putih dari kediaman Bainun. Termos itu berada dalam keadaan baik, tiada kesan lekuk atau menunjukkan ia terjatuh.

"Saya percaya tiada insiden membabitkan termos yang terjatuh atas badan Bella, kerana tiada kesan barang itu pecah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengulas perincian termos dan tali putih, Suhaili berkata, barangan itu dirampas ketika beliau, jurufoto dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) diketuai Asisten Superintendan Rohaini pergi ke tempat kejadian, pada 7 Julai 2021.

"Saya bersama pasukan juga merakam percakapan penghuni unit berkenaan termasuk Siti Bainun di lobi kondominium terbabit.

"Saksi ada melakar gambar rajah kasar tempat kejadian. Berkaitan barang itu, ia sudah daftarkan di stor barang kes. Saya letak dalam sampul surat putih dan ia disimpan selepas tandaan diletakkan," katanya.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, Suhaili mengesahkan tidak merampas telefon bimbit Siti Bainun, sebaliknya hanya mengambil barangan itu milik dua rakan baik tertuduh iaitu Zurianty Sudin dan Hani Azura.

Mohammad Farhan: Berlandaskan kandungan telefon saksi (Zurianty dan Hani) yang tidak berada di lokasi kejadian, mereka langsung tidak menyaksikan penderaan itu?

Suhaili: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Saya cadangkan dalam keterangan pemilik telefon dirampas itu, tiada yang mengatakan mereka menyaksikan Bainun mendera Bella, setuju atau tidak?

Suhaili: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Jika puan tak setuju, saya mohon puan menunjukkan keterangan pemilik telefon yang menyatakan mereka melihat dengan mata sendiri Bainun dera Bella?

Suhaili: Tiada kaitan dengan siasatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 18-10-2022 04:03 PM
Ehh....bukan aritu kata kena air panas dari penapis air coway ke
Quote laksmanabentan 18-10-2022 05:10 PM
kelassss.... terlepas ler bainun...
terbaikkk peguam bela.....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.377440 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top