|
Sempena ulang tahun kelahiran suaminya Mohd Hafez Halimi, pelakon Nelydia Senrose membuat kejutan menghadiahkan sebuah skuter vespa.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, suami Nelydia kelihatan terkejut dan teruja dengan pemberian isterinya itu. Rata-rata netizen memuji sikap pasangan suami isteri itu yang dianggap sangat merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk kemesraan di laman sosial.
Malah segelintir mereka juga suka melihat imej bertudung adik kepada pelakon Uqasha Senrose yang kelihatan kemas dan cantik selain merendah diri dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk. Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Hafez yang juga ahli perniagaan pada 6 April 2019 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: Gempak
|
prettyuglybabe replied at 18-10-2022 04:12 PM
netizen ingat harga vespa tu lagi murah dari modenas kriss ke?
silap2 lagi mahal drpd keta marhein
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035232 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.