CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Rider, Maut Tengah Jalan Selepas Hantar Pesanan

18-10-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2069| Komen: 12

BATU PAHAT – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, kejadian dilaporhan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam tadi di kilometer 110.5 Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran pekan Yong Peng.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pekan Ayer Hitam ke Yong Peng selepas selesai tugas menghantar pesanan makanan.

Foto: Kosmo

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Yong Peng, apabila sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh ke laluan bertentangan.


“Bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, akibat daripada kecederaan di bahagian kepala, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HDMI) untuk proses bedah siasat.


Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-10-2022 03:26 PM
Sejak bila ada Jalan Johor Baru - Melaka?

Quote Highflyer19 18-10-2022 03:33 PM
Takziah kpd keluarga...
Quote cmf_almondpecan 18-10-2022 11:12 PM
gigahertz replied at 18-10-2022 10:53 PM
Ni mesti tayar pancit. Tgk gambar pakai rim.lidi

Rim lidi boleh jadi pancit ye?
Quote BartholomewKuma 18-10-2022 11:32 PM
cmf_almondpecan replied at 18-10-2022 11:12 PM
Rim lidi boleh jadi pancit ye?

rim lidi la pancit baq hang, kalu rim hat tebai hat orang panggil sport rim tu dia pakai tubeless. pa... tayaq hat tak dak tube tu lah. hat rim lidi pun buleh masuk la kot tubeless. aku pun tak tau. tapinya, tubeless pun buleh pancit pa, kalu paku besaq angin keluaq banyak

Quote rosedemon 19-10-2022 09:33 AM
mauttgh cari rezeki semoga amalam mu diterima dek
Quote cmf_almondpecan 19-10-2022 11:35 AM
BartholomewKuma replied at 18-10-2022 11:32 PM
rim lidi la pancit baq hang, kalu rim hat tebai hat orang panggil sport rim tu dia pakai tubeless. ...

Oo kekdahnya... Tq for info. Salam takziah kepada keluarga rider.

Quote cmf_almondpecan 21-10-2022 08:32 PM
gigahertz replied at 21-10-2022 03:39 PM
Rim lidi biasa pakai tayar tiubtiub pancit motor hilang kawalan

Oh barulah tau. Thank you.

Quote tenggilingpink 23-10-2022 09:04 PM
salam takziah kepada keluarganya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.147001 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top