|
Pengalaman menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali ekoran penyalahgunaan dadah benar-benar menginsafkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Fuad Rahman.
Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, akibat kesalahan itu dia terpaksa menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali. Imbas Fuad, kesakitan akibat sebatan masih dirasai sehingga ke hari ini dan hukuman itu benar-benar menginsafkannya agar tidak melibatkan diri dengan najis dadah. "Sebatan itu betul-betul sakit, saya kena enam kali... saya rasa nak lari, tak nak patah balik. Mak saya pun tidak pernah pukul saya macam itu.
"Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan," katanya. Fuad berkongsi pengalaman itu ketika ditemui pada sidang media minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada Ahad.
|
dewi_rina replied at 17-10-2022 04:44 PM
Suka dengar bila dia bercakap


makadek replied at 18-10-2022 12:46 AM
Ha ah kn aku igt mk sunbath

phone_5 replied at 18-10-2022 08:25 AM
dgr dia tak de team yang uruskan dia kt GV..semua baju ASTRO bagi pinjam
kalau ada orang potong ram ...
miss_strangers replied at 18-10-2022 08:34 AM
MO patut amik fuad ni...Kasi groom elok2 ..suara dia jantan...groom cam sham visa tu...mesti jadi wa ...
enchante78 replied at 18-10-2022 09:08 AM
Sudahlah sudahlah reputz ni nak korek kisah silam dia. Kesian Fuad ni, tak jawab nanti kena label so ...
miss_strangers replied at 18-10-2022 09:23 AM
Ha ah la, tom senyap je ..ke sbb tom tu calon bakalan tersingkir..tu yg reputz malas nak up..fuad ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.