|
Persembahan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul bersama Jaclyn Victor di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) malam tadi menjadi bualan ramai hingga membuatkan nama Aina trending di Twitter.
Persembahan penutupan bersama Jaclyn itu juga membuatkan suasana Auditorium MBSA, Shah Alam gamat dengan sorakan selain menyaksikan juri tetap GV9, Hetty Koes Endang bangun melakukan ‘standing ovation’. Seperti ramai sedia maklum, Aina merupakan penyanyi pelapis yang mempunyai kualiti vokal mantap selain karakter berkelas dan gaya fesyennya yang unik. Usai membuat persembahan, Aina pulang ke belakang pentas namun juri tetap GV9 yang juga maestro muzik negara, Datuk Ramli MS (Tok Ram) memanggil semula Aina ke pentas untuk memberikan komen.
|


nb_17 replied at 17-10-2022 03:31 PM
mcm bingit je version dua org ni huhu

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.437926 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.