|
Amir Masdi, terharu apabila menerima hadiah gitar dan sepasang kasut berjenama mewah sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, dua hari lalu.
Menurut Amir, gitar berwarna merah jambu itu dihadiahkan seorang peminat misteri, manakala kasut jenama Adidas Gucci pula diterima daripada kelab peminatnya, Ampire. “Saya tidak sangka dapat hadiah itu. Gitar jenama Greatsch itu kalau tidak silap saya mencecah RM3,000. Tetapi, sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang hadiahkan kerana pemberi tidak letak nama. “Paling terharu apabila ahli kelab peminat Ampire mengumpulkan duit untuk membelikan kasut. Saya terharu sangat dengan tanda ingatan ini.
“Terasa begitu dihargai dan disayangi. Terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam satu acara hiburan.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.048934 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.