|
Doa pengacara, pelakon, dan penyanyi Mimie Haris, 32, dipertemu jodoh sewaktu ke umrah pada Mac lalu termakbul apabila dia selamat bernikah dengan ahli perniagaan Khairril Anuar, 38.
Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris berkata hubungannya dengan Khairril cuma atas dasar kawan semata-mata namun tak sangka membawa ke pelamin. "Sewaktu menunaikan umrah pada Mac tahun ini, saya berdoa segala urusan dipermudahkan. Baik jodoh dan kelangsungan karier seni. Tak sangka rezeki jodoh datang dulu. "Saya dan suami kenal sebagai kawan saja tidak lama dulu. Apabila bawa jumpa keluarga, mereka sangat sukakan Khairril terutama bapa saya. Kiranya dia memang pilihan keluarga.
"Khairril adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa positif. Dia tak suka bercerita mengenai orang lain dan suka abaikan cakap-cakap yang membabitkan kami," katanya.
|
dudaberhias replied at 16-10-2022 09:13 PM
who are yussss... tahniah tapi kaka tak kenal ko sape dikkkk... nak tuduh sape yang kenal heshe adal ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.354131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.