|
Faizal Hussein, 55, tidak pernah menghalang isterinya untuk terus aktif dalam karier lakonan sejak mereka berumah tangga 18 tahun lalu.
Kata pelakon itu, Suhaila Sulaiman, 46, yang juga pelakon drama, lebih memilih untuk memberi fokus kepada keluarga dengan menjaga dirinya dan dua cahaya mata mereka, Fazryn Faizal, 17 dan Fazrick Faizal, 14. "Saya tak pernahlah tak beri dia (isteri) berlakon lagi. Cuma, saya rasa dia yang lebih selesa menjaga anak-anak dan saya di rumah. Dia sendiri yang buat keputusan tidak mahu berlakon.
"Lagi pula, dia juga sudah bertudung. Jadi, dari segi watak itu agak terhad nak dilakonkan. Kalau nak berlakon watak jahat (antagonis) nanti, macam tak sesuai. Takkan dah pakai tudung, nak jadi jahat pula. Macam tak kena," katanya kepada Harian Metro. Faizal berkata, dia sama sekali tidak menghalang isterinya berlakon, tetapi amat menghormati keputusan Suhaila yang memilih mahu memberi sepenuh perhatian menjaga keluarga mereka. Faizal dan Suhaila berkahwin pada 2004. Suhaila yang aktif berlakon drama pada 1990-an, banyak membintangi drama Spektra yang disiar RTM ketika itu. Antaranya seperti, drama Sayang Puteri, Zon 606 dan banyak lagi. Sumber: Harian Metro
|
psgan yg sama2 cantik n ensem
hidet replied at 16-10-2022 09:01 PM
Suka tgk muka suhaila..jenis tak jemu dipandang
"Lagi pula, dia juga sudah bertudung. Jadi, dari segi watak itu agak terhad nak dilakonkan. Kalau nak berlakon watak jahat (antagonis) nanti, macam tak sesuai. Takkan dah pakai tudung, nak jadi jahat pula. Macam tak kena," katanya kepada Harian Metro.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.153165 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.