|
Komposer, penerbit lagu dan salah seorang anggota kumpulan V.E., Damian Mikhail memuat naik status di Instagram miliknya mengenai kumpulan pennyanyi legenda yang terlibat dalam program realiti di Malaysia mencuri perhatian ramai.
Dia seoalah-olah mempersoalkan kredibiliti penyanyi bertaraf legenda yang terlibat dalam program realiti dan membuat persembahan lari dari ‘branding’ asal artis tersebut. Tulisnya, penyanyi yang bertaraf legenda ini sepatutnya membuat persembahan menyanyi secara ‘live’ di konsert, keluarkan ‘single’ dan album yang terbaik untuk peminat.
Dia juga seolah-olah tidak bersetuju apabila penyanyi seperti ini disuruh untuk membuat persembahan yang lain daripada ‘baranding’ asal dan hanya memakan elaun mingguan sahaja. Ramai juga netizen bersetuju dengan pendapat Damian itu. Malah, ada juga netizen yang menyatakan bahawa ‘branding’ penyanyi legenda ini bukanlah dicipta dalam tempoh satu malam dan waktu yang singkat. Netizen juga turut mengharapkan agar penyanyi yang seperti Dato M. Nasir, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Dato Jamal tidak turut terlibat menjadi peserta untuk program seperti ini. Sumber: Murai
|




lotionmilo replied at 16-10-2022 07:26 PM
Dia ni kenapa yang bitter sentiasa???
anilanil replied at 16-10-2022 03:48 PM
Penyanyi legend & penyanyi sendu sama2 beli beras pakai duit yer. Yg tak perlu masuk ialah penyanyi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.090878 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.