|
Pelakon baharu yang sedang meningkat populariti, Ahirine yang aktif dalam sukan permotoran dan ada kemahiran seni bela diri dikatakan diganggu lelaki miang.
Difahamkan, mereka menghantar mesej dan gambar tidak senonoh kepada Ahirine di media sosial. Bukan seorang dua, tetapi ramai. Sebelum ini, dalam satu acara permotoran, Ahirine menjadi tumpuan peserta lelaki yang galak mahu bergambar dengannya. Nak bergambar itu tidak salah. Cuma, apa yang membuatkan pelakon ini dikatakan tidak selesa bila ada yang mula berkelakuan tidak senonoh ketika mendekatinya.
Bagaimanapun, sikap Ahirine dipuji kerana tidak mudah melenting dan profesional mengendalikan situasi.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.106561 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.