|
Demam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) makin dirasakan sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seperti yang pernah dilihat pada PRU lalu, selebriti dengan ideologi politik masing-masing, tidak ketinggalan menonjolkan diri menjadi suara rakyat berbekalkan bakat dan pengaruh mereka sebagai calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertaruhkan. Selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, yang dilapor menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan sama ada dirinya layak bertanding pada PRU-15, dua lagi penggiat seni iaitu Datuk Hans Isaac dan Shahrol Shiro terbuka untuk menjadi calon parti masing-masing pada PRU-15. Hans yang juga pelakon dan pengarah terkenal mengakui bersedia dan bersikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi pada PRU-15. Mengakui jiwanya lebih dekat dengan Ampang, namun Hans yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Februari tahun lalu, menyerahkan soal kerusi itu kepada pucuk pimpinan parti. "Terpulang kepada pucuk pimpinan dan masyarakat Ampang. Saya hanya ikut arahan saja. Siapa tidak mahu tanggungjawab itu? Kami masuk dalam politik ini pun adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kalau tanggungjawab itu diberi, saya rasa tiada isu untuk saya galas amanah yang diberi. "Sudah tiga tahun saya buat kerja secara sendirian di Ampang ini. Ampang memang dekat dengan jiwa. Ini kampung saya. Apapun, kena tunggu hingga penamaan calon. "Jika nama saya dicalonkan tetapi bukan di Ampang, saya terima keputusan itu," katanya.
|
kikilalapooh replied at 14-10-2022 10:16 AM
shahrol ko tak payah lah join PRU ni sebagai calon.. apa sumbangan kau selama ni dkt rakyat haha
imrb replied at 14-10-2022 11:12 AM
aku nk tanya kot ada org keluang apa sumbangan x sepah tu?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.619238 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.