|
Seorang model mengejutkan pemandu bas dan para penumpang apabila menaiki pengangkutan awam itu dengan hanya memakai pakaian dalam.
Francia James berkongsi klip dirinya menaiki bas di Washington DC, Amerika Syarikat untuk bekerja di jalan 69th. Namun, dia hanya memakai coli dan seluar dalam serta kasut tumit tinggi. Menerusi klip video yang dikongsi di laman Instagram, Francia dilihat membayar tambang untuk menaiki bas di sebuah stesen. Bagaimanapun, pemandu bas yang kelihatan terkejut dengan penampilannya sebelum memintanya supaya keluar dari bas.
Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut. Kejadian itu bukan pertama kali berlaku, Francia pernah membuat kejutan dengan menyamar sebagai Spider-Man, hanya memakai seluar dalam dan badan disembur cat di sebuah pusat beli-belah pada 2019. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
klau bogel pon tu hak dia la nk bogel kan? Sama la mcm engkorang sumbat lgbt tu konon hak masing2 . So?? Yg jntan nk tunjuk punai pon patut bg la. Hak dia la nk tnjuk. Bdn dia
anony-mous replied at 5-8-2022 08:02 PM
Kenapa halau pulak? Bukan ke US ni pentingkan hak asasi masing2? klau bogel pon tu hak dia la ...
ifanonline replied at 28-2-2024 03:22 PM
bagi la full picture

airfilterkotor replied at 28-2-2024 03:51 PM
Type jer 'Francia James'.
Safe search: off.

cmf_almondpecan replied at 28-2-2024 03:44 PM
Di sesetengah tempat di Europe, kalau musim panas, bas2 berhampiran pantai akan penuh dengan mat sal ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.274177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.