|
Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam keadaan yang lebih baik selepas hampir lima hari berada di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan susulan akibat terkena jangkitan kuman.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan yang baik pada hari ini dan kemungkinan doktor akan cuba menghentikan penggunaan ventilator. “Ainul bertambah baik hari ini, doktor akan cuba ‘off ventilator’ dan anak saya masih berada dirawat di PICU. “Doktor belum bagi apa-apa perkembangan mengenai berapa lama Ainul perlu berada di PICU kerana masih banyak prosedur rawatan yang mereka perlu lakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Saifuddin juga bersyukur kerana anaknya itu dilihat menunjukkan peningkatan yang baik setiap hari dan mengharapkan agar orang ramai terus mendoakan kesihatan Ainul. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.209256 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.