|
Tular video seorang penghantar makanan yang membantu warga emas sesat ketika bertugas. Menerusi video dikongsikan di TikTok rider berkenaan, dia memberitahu bahawa warga emas tersebut menahannya dan meminta untuk dihantar ke rumah.
Tetapi, apa yang menjadi masalah apabila wanita itu tidak mengingati lokasi rumahnya menyukarkan lagi situasi berkenaan. Oleh kerana ingin membantu, rider dikenali sebagai Khuzaimie itu mengambil keputusan menghantar wanita itu ke balai polis untuk mencari warisnya.
Dalam satu video TikTok lain yang dimuat naik, difahamkan warga emas itu kemudian berjaya bertemu dengan waris yang membawa dia pulang ke rumah. Menjengah di ruang komen, rata-rata memuji tindakan Khuzaimie kerana prihatin. Sumber: BeautifulNara |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.831456 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.