|
Thailand berhasrat membenarkan warga asing memiliki tanah sepenuhnya untuk kegunaan kediaman.
Seorang jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana berkata, langkah itu sebagai satu usaha untuk meningkatkan ekonomi Thailand. Katanya, ia akan dapat menarik sejuta penduduk baharu dari luar negara. "Warga asing akan dibenarkan memiliki sehingga 0.16 hektar mulai September. "(Ia) dengan syarat mereka boleh melabur 40 juta baht (RM4.86 juta) dalam hartanah, sekuriti atau dana (di) Thailand dalam tempoh tiga tahun," katanya dalam portal The Straits Times Singapura.
Bagaimanapun, katanya, kebenaran itu masih tertakluk kepada kelulusan Kabinet Sumber: Harian Metro
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.204641 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.