|
Sebuah kapal terbang hotel yang menggunakan nuklear kini dalam peringkat rancangan dan ianya dikatakan mampu membawa 5,000 penumpang yang mahu merasai pengalaman hotel di udara. Tambahan pula, hotel itu dilengkapi gimnasium, kolam renang dan restoran mewah. Kapal terbang yang dikenali sebagai "Sky Cruise" itu akan dipandu oleh kecerdasan buatan (AI). Difahamkan, Sky Cruise dirancang untuk berada di udara selama berbulan-bulan pada satu waktu dan kapal terbang itu dipercayai mempunyai 20 enjin yang dikuasakan oleh gabungan nuklear. Tetapi, ramai risau dengan reka bentuknya kerana pesawat itu dikatakan akan mempunyai masalah untuk berlepas dan masalah dari segi aerodinamik. Mereka juga risau ianya akan memusnahkan sesebuah bandar jika terhempas kerana kapal terbang itu dikuasakan oleh reaktor nuklear. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.030519 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.