![]() Sumber: Tiktok Novi House Fashion
Dalam Islam, golongan lelaki memang dibenarkan untuk mengamalkan poligami iaitu berkahwin lebih dari satu wanita. Poligami dalam rumah tangga seharusnya diamalkan dengan cara yang betul supaya dapat menjaga kebajikan dan hati para isteri. Namun, tidak semua orang mampu ikhlas untuk menerima hakikat bahawa mereka terpaksa berkongsi suami dengan wanita lain.
Tetapi berbeza pula kisah yang dialami wanita ini yang ikhlas dan reda bermadu. Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Novi yang mengakui lebih rela membiarkan suaminya berkahwin lain berbanding melihat dia berlaku curang di belakangnya. Tambahnya, jika seseorang isteri itu ikhlas berkongsi suami, maka wanita itu akan merasa lebih bahagia, lagi-lagi jika suaminya mampu adil antara satu sama lain. Nova akui sudah lima tahun dia tinggal serumah dengan madunya itu sehingga mereka rapat seperti adik-beradik. Wanita ini juga akui adakala mereka akan bermalam di ruangan sama terutamanya apabila pulang ke kampung mertua. Nova juga sempat berkongsikan beberapa tip untuk mempunyai rumah tangga yang harmoni. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Nova kerana tidak semua wanita mampu ikhlas apabila suami mereka berkahwin lain. - CARI ![]() Sumber: Tiktok Novi House Fashion |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.149768 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.