|
Susulan kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran ketika melancarkan produk jenamanya diberi nama Sekuntum, akhirnya pelakon Sharifah Rose tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.
Menurut Sharifah Rose atau lebih mesra disapa Rose, 23, dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama yang diperkatakan itu hinggalah dimaklumkan selepas melancarkan video promosi di laman sosial. "Pada awal pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di Instagram.
"Perkataan ‘sekuntum' ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi. Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja. "Pada awalnya team Rose ada memberi cadangan untuk menamakan brand ini sebagai Sekuntum Rose tetapi saya menolak kerana tidak mahu ianya hanya tentang diri saya. It’s about all flowers, shapes, colors and sizes," katanya.
|
duquesne: Tak cukup research atau tak ha ...

duquesne replied at 21-2-2022 10:34 AM
Tak cukup research atau tak habis research.. setakat berbeza O dan U tu tak bermakna 100% original i ...


fairy_fairy replied at 21-2-2022 10:54 AM
Yihhhh
Baru jer uols type S.E.K.U.N kat insta dah naik segala accounts yang pakai this name. Lagi na ...
kalo ada research team tak kan lah tak boleh detect
3chanceno replied at 21-2-2022 02:07 PM
Kazen meols memang nama dia bermula Bunga xxx xxxx..jadi kita semua panggil dia bunga sedari baby sa ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.380864 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.