|
Menyamar sebagai VVIP! Itu modus operandi terbaru penjenayah atau scammer untuk mengaut keuntungan 'atas angin'.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ada pihak yang cuba menyamar sebagai dirinya. Menerusi perkongsian di Facebook, Zahid memuat naik beberapa tangkap layar atau 'screenshoot'. Pada gambar berkenaan, dapat dilihat penjenayah cuba untuk meminta mangsa memasukkan sejumlah RM5,000.
Jelas Zahid, akaun Telegram dan Whatsapp miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Menurutnya, dia meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengabaikan sekiranya menerima mesej sedemikian. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041171 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.