|
Tragis apabila kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membunuh diri selepas ibu bapanya enggan memberikan wang untuk menempah tiket wayang.
Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Telangana, India, lapor India Times. P Navdeep dilaporkan merupakan peminat tegar pelakon Pawan Kalyan dan mahu menonton filem terbaharu lakonan bintang itu berjudul Bheemla Nayak. Pelajar itu merancang untuk menonton filem tersebut bersama rakan-rakannya dan meminta wang ibu bapanya untuk menempah tiket terlebih dahulu.
Pada Isnin, kanak-kanak berkenaan meminta Rs 300 daripada ibu bapanya untuk menempah tiket lebih awal bagi filem itu yang akan ditayangkan pada 25 Februari depan. Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu menolak permintaannya. Kecewa dengan permintaannya ditolak, pelajar berkenaan menggantung diri di balkoni rumahnya. Mayatnya hanya disedari selepas ahli keluarganya bertindak memecahkan pintu. Sumber: mStar
|
Suchi replied at 17-2-2022 02:22 PM
Kenapa aku tak cukup kuat nak commit suicide? Stress kena hadap gak masalah tu dan lagi perit sebab ...
Suchi replied at 17-2-2022 02:22 PM
Kenapa aku tak cukup kuat nak commit suicide? Stress kena hadap gak masalah tu dan lagi perit sebab ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.550132 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.