|
Syatilla Melvin, 31, yang kini hamil lima bulan mengakui pengalaman mengalami keguguran tiga kali sebelum ini meninggalkan impak mendalam buat dirinya.
Syatilla berkata, pengalaman itu banyak mengajar dirinya supaya menjaga tingkah laku dalam segala aspek. "Saya pasti setiap wanita yang pernah berdepan dengan keguguran pasti sentiasa teringat akan perkara itu. Jadi, bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin. "Apapun semuanya berbalik kepada cara pemikiran kita sendiri. Saya ada berkongsi rasa gusar dan takut ini dengan suami. Namun, kita hanya mampu berserah kepada-Nya. Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak," katanya yang juga isteri kepada pelakon popular, Shaheizy Sam.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.107526 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.