|
Jakarta – Gara-gara takut untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki di Indonesia bertindak terjun ke dalam sebuah parit sehingga menyebabkannya terpaksa diselamatkan seorang anggota tentera, lapor laman berita Suara.com.
Menerusi satu rakaman klip video yang dikongsikan di Instagram, orang ramai dilihat berkumpul di tepi sebuah parit untuk menyaksikan kejadian tersebut. Beberapa penduduk dilihat cuba membantu lelaki berkenaan untuk naik ke atas darat. Menurut sumber, lelaki yang mengalami sakit mata itu pada awalnya sedang dalam perjalanan untuk dibawa berubat.
Namun, dia dikatakan berat hati untuk mendapatkan rawatan dan secara tiba-tiba terjun ke dalam parit tersebut. Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Semoga pakcik sembuh dan anak yang menjaganya diberi kesabaran dan pahala yang besar atas jasanya,’’ tulis seorang netizen. “Mungkin dia terjatuh dan bukan terjun kerana matanya sakit,” kata seorang lagi. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.244815 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.