|
Aksi penyanyi Lan Solo berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam video muzik (MV) 5 Kaki 4 Inci mencuri perhatian ramai.
Rata-rata meluahkan rasa bimbang jika perbuatan Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, itu boleh mengundang perasaan cemburu isterinya, Sheila Hassim. Bagaimanapun kata Lan, isterinya mengetahui tentang babak berkenaan memandangkan dia berada bersamanya sepanjang penggambaran MV tersebut di Sabah. “Saya seorang yang setia pada yang satu. Apa yang ditampilkan dalam MV itu hanya sekadar kerja dan kami profesional. Isteri saya pun memahami ia hanya kerja saja.
“Sepanjang pengambaran MV itu pun isteri ada bersama saya. Jadi, saya tak berasa risau pun dengan babak berpegangan tangan itu. Cuma, saya risau perbuatan saya itu disalah anggap oleh pihak luar. “Apa-apa pun saya bersyukur selepas setahun lagu ini disimpan, akhirnya dapat juga dilancarkan. Boleh katakan dalam 10 hingga 20 peratus juga ada bahasa Dusun dalam lirik lagu itu,” ujarnya kepada mStar. Lan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik lagu terbaharunya berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. MV berkenaan menampilkan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019 iaitu Kerinah Mah sebagai wanita yang berpasangan dengan Lan. Dalam perkembangan lain, Lan berkata dia bersyukur sengketa dengan gitaris, Rody sudah pun berakhir dan dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali bersama dengan kumpulan Kristal.
|





minahmanja replied at 13-1-2022 12:53 PM
nape iols tgk anak dia yg beso tu mcm mimi lana..?

asik berdosa kalau tgk ank no 2 dia yg perempuan tu. 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.049359 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.