|
Membentangkan isu dengki sesama artis kepada selebriti serba boleh, Didie Alias, dia cukup memahami situasi yang mungkin dialami oleh sesetengah artis yang terpalit dengan kejadian seperti ini.
Tidak menolak bahawa dirinya juga pernah berdepan dengan angkara dengki khianat orang, kata Didie, usah terkejut jika individu yang cuba menjatuhkan itu sebenarnya orang yang paling dekat dengan diri mereka. “Tentulah saya sendiri pernah terkena. Yang buat itu pun adalah orang yang dekat dengan saya. Tapi, saya ini jenis yang tak akan dengar sebelah pihak sahaja dan tak pernah rasa takut kalau memang diri tak bersalah.
“Saya orang yang jenis akan terus berjumpa atau berdepan dengan individu tersebut, kalau dapat tahulah yang memang ternyata orang itu menikam kita dari belakang. Tapi, biasanya, orang yang buat begitu, dia tak akan mengaku. “Ibaratnya, depan kita, pijak semut pun tak mati. Adakala saya pelik juga, kenapa sifat sebegini berlaku pada orang kita. Seakan sebati. Bila jumpa depan-depan macam tak ada apa-apa pula,”katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.044705 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.