|
Jakarta– Seorang wanita status ‘mak cik’ tular di media sosial kerana berani menjemur pakaian pada pagar sebuah rumah mewah, lapor laman berita Suara.com.
Video kejadian itu dimuat naik menerusi akaun TikTok @eddosyach. Ketika kejadian, seorang wanita yang memakai ‘baju kelawar’ dilihat sedang menyidai pakaian pada pagar sebuah rumah mewah. Sebuah ampaian penuh dengan pakaian turut diletakkan di hadapan pagar itu. Kelihatan beberapa helai pakaian sudah siap disidai pada pagar berkenaan. Setelah selesai menjemur pakaian, dia kemudiannya berjalan mundar mandir sebelum meninggalkan tempat itu.
Netizen mula membanjiri ruangan komen. “Kenapa jemur pakaian di pagar rumah orang. Berani betul,” tulis seorang netizen. – CARI Sumber: Kosmo
|
wirazam replied at 10-1-2022 09:22 AM
Boleh tak admin tegur..utk berita luar negara kena letak bracket sblm tajuk..sbg cth (LN) Makcik sel ...
wirazam replied at 10-1-2022 09:22 AM
Boleh tak admin tegur..utk berita luar negara kena letak bracket sblm tajuk..sbg cth (LN) Makcik sel ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.473214 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.