|
Memilih untuk menetap di Kota Kinabalu, Sabah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu, penyanyi Min Yasmin mengakui semakin selesa menetap di negeri bawah bayu itu.
Apalagi sekarang ini dia dan suami, Julfekar yang juga merupakan seorang komposer terkenal kini mengusahakan perniagaan menjual makanan di sana. "Kami buat keputusan untuk tinggal di Kota Kinabalu sebab ia berada di tengah antara Filipina dan Kuala Lumpur. Lebih senang berulang-alik jika ada urusan. "Kami memulakan perniagaan di sini dan rasa sayang untuk tinggalkan KK. Buat masa sekarang lebih selesa di sini dan meneruskan kerjaya seperti biasa,"katanya kepada mStar.
Min, 33, mencipta nama di negara jiran, Filipina dan merakamkan album bahasa Tagalog berjudul Pangarap di sana.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.042378 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.