|
Sumatera Selatan: Hanya kerana dicaci maki semasa hendak meminta rambutan, seorang lelaki tergamak membunuh pasangan suami isteri warga emas di rumahnya di Kecamatan Talang Ubi.
Lapor Kompas.com, suspek dikenali sebagai DA, 27, membunuh Marisidi, 80 dan Sumini, 65, akibat sakit hati diperlakukan sedemikian rupa. Ketua Polis Pali, Rizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek bertindak sedemikian selepas meminta buah rambutan yang berada di halaman rumah Marsidi.
Katanya, suspek merancang membunuh mangsa ketika kedua-dua mereka sedang tidur. “Pelaku masuk ke rumah dengan mencungkil pintu. Suspek membunuh Marsidi terlebih dahulu sebelum Sumini. “Pihak polis turut menemukan barang bukti iaitu kapak yang digunakan pelaku untuk membunuh mangsa,” katanya. Menurut Rizal, sejam selepas itu, Salman Alfarizi, 15, yang merupakan cucu mangsa pulang ke rumah. Katanya, suspek yang masih berada di lokasi kejadian mematikan lampu supaya tindakannya tidak diketahui cucu mangsa. “Suspek sempat mereka cerita dengan memaklumkan seolah-olah pembunuhan itu disebabkan kecurian. “Namun, topi mangsa tertinggal di lokasi kejadian sehingga kita berjaya mengenal pasti identitinya. Di topi itu juga terselit kaca yang digunakan sebagai alat hisap syabu,” jelasnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.029626 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.