|
Nama DJ Fuzz sememangnya cukup popular sebagai seorang penerbit muzik yang telah menghasilkan banyak lagu untuk artis popular tanah air.
Namun ramai tidak tahu dia kini adalah orang penting di sebalik penghasilan nada pesona (jingle) bagi produk-produk popular yang kerap dimainkan di radio dan media sosial. Biarpun tidak lagi sama seperti dunia glamor sebelum ini, namun DJ Fuzz amat berbesar hati dapat membantu ramai usahawan tempatan meningkatkan lagi jualan produk mereka. "Sekitar tahun 2017 perniagaan saya sebagai sebuah syarikat rakaman tidak begitu memberansangkan. Jadi saya ubah strategi mendekati usahawan untuk menghasilkan jingle produk mereka.
"Saya tubuhkan syarikat Mixology Media yang memberi fokus untuk pasarkan produk mereka. Bukan sahaja menghasilkan jingle malah turut mencari mana-mana influencer untuk bantu dari segi pemasaran. "Jika dilihat dari sudut glamor memang ia tidak seperti dahulu. Namun ia sebenarnya meningkatkan lagi kerjaya saya sebagai seorang penerbit muzik," ujar DJ Fuzz.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070101 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.