|
Meskipun sudah hampir dua minggu berlalu, namun peminat-peminat masih belum ‘move on’ dengan kehebatan persembahan duet peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Suki Low bersama dengan Khai Bahar.
Mengimbas kembali persembahan dalam minggu keenam GV8, Suki muncul sebagai juara mingguan dengan perolehan markah sebanyak 83.7. Menerusi gandingan bersama lagu Tiga Malam Tanpa Bintang nyanyian asal Fiq Mentor,Suki ketika ditemui Murai.my baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata dia berterima kasih kepada Khai kerana sudi berduet dengannya selain mudah untuk bekerjasama. “Saya sangat bersyukur apabila dapat bernyanyi bersama Khai Bahar. Persembahan itu merupakan salah satu persembahan terbaik saya selama ini. Saya rasa apa yang paling gembira adalah saya dapat menambah rakan-rakan yang berkongsi visi yang sama dengan saya ketika membuat persembahan.
“Bagi saya itu sesuatu yang sangat jarang dilihat apabila kita mempunyai visi yang sama dan dapat melakukannya dengan yang terbaik. Memang menyeronokkan,” kata Suki. Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pemilihan Khai sebagai rakan duetnya, jelas Suki dia begitu mengagumi vokal yang dimiliki oleh penyanyi lelaki popular itu.
|
riena3321 replied at 6-1-2022 09:00 AM
dah brp kali aku ulang depa nyanyi . best
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.036888 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.