|
Seorang penternak di India digemparkan dengan salah seekor kambingnya melahirkan anak berwajah 'manusia'. Keadaan luar biasa itu sekalu gus mengejutkan penduduk tempatan di kampung Gangapur di Dholai Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India.
Penemuan itu dibuat selepas seekor kambing milik Shankar Das, 46, melahirkan anak. Penduduk kampung terkejut kerana mereka mengesahkan ia kelihatan mempunyai wajah seperti bayi manusia. Shakar berkata: "Jiran-jiran bergegas ke rumah kami. Semua orang terkejut dengan penampilannya yang menyerupai bayi manusia.
Katanya, bayi kambing selamat dilahirkan tetapi kemudian mati. Anak kambing itu dipercayai mati akibat keadaan luar biasa yang menunjukkan ia belum membesar sepenuhnya. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|


kakikuDibibirmu replied at 29-12-2021 09:00 AM
Bagaimana pula dengan suami bekas retis yang mukanya persis kambing?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156745 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.