|
Sanaa: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa dipotong tangan kirinya selepas digigit singa ketika keluarganya melawat zoo di Yaman.
Gulf News melaporkan, kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa apabila binatang itu menggigit tangannya. Mangsa ditemani ayahnya yang sedang sibuk mengambil gambarnya. Kanak-kanak itu, dan bapanya yang kini koma selepas melihat tangan anak perempuannya di dalam mulut singa dibawa ke hospital. Penyokong hak asasi manusia menganggap bapa kanak-kanak itu dan pentadbiran zoo yang berada di bawah kawalan militin Houthi bertanggungjawab atas tragedi itu.
Mereka juga mengecam tindakan pentadbiran yang tidak menghiraukan keselamatan pelawat terutama kanak-kanak yang sesetengahnya cenderung mendekati haiwan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.630748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.