|
Ozlynn Wati mengakui dirinya berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk kembali bekerja selepas beberapa bulan tidak turun ke set pengambaran.
Menurut Ozlynn, dia sebenarnya lebih selesa untuk memenuhkan rutin hariannya dengan bekerja berbanding hanya duduk ‘terperap’ di rumah. Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan pendapatan yang diperoleh sebagai seorang pelakon untuk berbakti dan berbuat baik kepada keluarganya sendiri serta buat orang-orang yang memerlukan. “Bila mama dah mula bekerja, ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap. Ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam. Selagi boleh cari rezeki sendiri..buat.
“So aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku. Bagi aku peluang bekerja. “Selalu duit aku bagi dia bawak anak-anak beli toys or game dia dengan anak-anak dan yang pasti mereka yang memerlukan pon ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pon,” tulisnya.
|
Normabaru replied at 10-12-2021 11:30 AM
Nk tinggal pesanan pon kne tulis kt ig
Nk pesan kt fmly sendri xblh direct ke

oggy replied at 10-12-2021 01:17 PM
Ramai je artis yang selalu berkongsi rezeki senyap2, tak payah buat karangan kat IG.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.090396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.