|
Baru-baru ini KKM dilaporkan akan memperkenalkan sistem amaran berisiko tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 dalam negara.
Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menyatakan, menerusi sistem tersebut, KKM mencadangkan beberapa sektor diperketatkan sekiranya berlaku peningkatan kes. "Kalau boleh kita mahu elak sekatan pergerakan, sebab sekatan pergerakan ini bukan hanya mengganggu ekonomi tetapi memberi kesan yang lain, kesan kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental. Saya rasa rakyat mungkin tidak boleh menghadapi satu lagi pergerakan."
Macam biasa, pastinya Rita Rudaini mempunyai pendapatnya yang tersebdiri. Melalui Insta Story, pelakon kontroversi ini ada memuat naik keratan artikel tersebut. "Banyak betul sistem sekarang..Semakin maju lah Malaysia sekarang. Tumpang bangga walaupun dok dalam rumah saja,"tulisnya. Wah Rita Rudaini puji dalam keji macam mana ni? Apa pendapat anda? -CARI |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.158739 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.