|
Dua lelaki dari Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak pada tahun 2018. Dalam perbicaraan baru-baru ini, Demarcus George, 27, dan Mario Waters, 33, yang berasal dari Arkansas turut mengaku bersalah atas dakwaan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur.
Menurut dokumen mahkamah, dua lelaki itu merogol mangsa yang berusia enam tahun di dalam bilik di sebuah hotel. Perbuatan itu turut menyebabkan mangsa dijangkiti dengan penyakit Kelamin (STI). Kes itu terbongkar selepas mangsa menerima rawatan di sebuah hospital.
Siasatan polis akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki berkenaan. Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang belum ditetapkan untuk rayuan hukuman kes berkenaan. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.213167 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.