|
Dua minggu bergelar isteri, penyanyi Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah.
Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai. Katanya, dua lebih terjaga, selesa dan selamat apabila mengenakan berniqab. "InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri. "Mulanya saya terdetik nak pakai niqab ni masa buat paid review, masa saya pakai tu rasa sebak dan menangis.
"Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari," katanya kepada mStar. Ai Wahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada 1 November lalu.
|
InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.390171 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.