|
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan poster yang memaparkan kononnya baginda menyeru rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah palsu.
”Ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial,” tegas baginda. Sultan Johor bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office.
Titah baginda, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini. Sumber: MalaysiaGazette |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.118492 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.