|
Peluang berkolaborasi dengan penyanyi bersuara lunak, Ezad Lazim menerusi single Celup bagaikan bulan jatuh ke riba buat penyanyi dan komposer muda, Red Rahimad, 21.
Sudah tentu kesempatan berduet dengan vokalis kumpulan Exist itu sebagai rezeki. Malah, Red tidak kisah jika dilabel menumpang populariti Ezad memandangkan namanya masih belum dikenali. "Saya bertuah Ezad menerima tawaran berduet dengan saya menerusi single Celup. Tidak nafikan, Ezad seorang penyanyi yang baik dan memiliki vokal mantap. "Kami pernah bekerjasama menerusi karya yang tulis berjudul Cahaya yang dilancarkan pada Ramadan lalu.
"Idea bekerjasama tercetus apabila mendengar Ezad menyanyikan single Celup ketika kami sedang berbual. Saya terus jatuh hati mendengar suaranya dan menawarkannya kerjasama," katanya kepada BH Online. Red atau nama sebenarnya, Muhammad Redha Rahimad berkata, dia juga tidak kisah sekiranya vokal Ezad lebih menyerlah berbanding dirinya.
|
prince_marhaen replied at 11-11-2021 12:15 PM
kelindan lori pasar mana ni dek? gi mandi dulu dek...alahai.
dudaberhias replied at 12-11-2021 01:04 AM
choiii kaka.... ni mandi pakai air pili bomba pun tetap lah nampak kepam...
takpe dikkk masih ada ...

dudaberhias replied at 12-11-2021 01:01 AM
alahai kelempuk sangat walaupun rupa macam kelindan lori dan pembancuh simen...
jadi straight je lah ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.290410 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.