|
Sebuah kereta mengundur selepas laluan di sebuah jambatan angkat di bandar Leuven, Belgium terangkat secara tiba-tiba, baru baru ini.
Ketika kejadian pada 27 Oktober lalu, Jambatan angkat itu tiba-tiba dinaikkan tanpa mengeluarkan sebarang amaran. Kenderaan itu dinaiki tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak. Ia dinaikkan bagi memberi laluan kepada sebuah kapal belayar di bawah jambatan tersebut. Namun, kejadian itu menyebabkan kereta tersebut bergerak ke belakang dan seterusnya terbalik. Anggota-anggota bomba kemudian menyelamatkan keluarga tersebut dengan menghantar mereka ke sebuah hospital. Menurut laporan, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan yang membawa maut. Punca kejadian sedang disiasat pihak berkuasa. Sumber: Sinar Harian
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049747 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.