|
Seorang anggota polis unit khas Indonesia menyentuh hati banyak pihak apabila mengazankan bayinya yang baru lahir menerusi panggilan telefon ketika bertugas di hutan bagi menjejaki pengganas, lapor laman berita Suara.com.
Video anggota bernama Ipda Rano Aprilianto, 33, itu menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi mengazankan bayinya meskipun sedang bertugas demi mempertahankan negara. “Assalamualaikum. Ini Pipi, sayang. Sudah lahir (anak) ya?” kata Ipda kepada isterinya.
“Sudah lahir. Perempuan,” jawab isterinya. Ipda yang lebih mesra disapa Pipi oleh isterinya itu kemudiannya mengazankan bayinya sambil menitiskan air mata tanda terharu. Pada bahagian belakangnya, kelihatan seorang anggota sepasukan sedang berkawal.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.030133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.